RSS

Tuesday, June 21, 2011

Keistimewaan & Kelebihan Bulan Rejab

Assalamu'alaikum wbt...


Nie adalah 1st entry utk bulan nie....tersangat lame x update blog nie...sgt2 lame coz xtau nk tulis ape...
Tiba-tiba hari nie dpt idea pulak tulis pasal keistimewaan bulan REJAB memandangkan sekarang kita berada dalam bulan Rejab walaupun dh pertengahan bulan Rejab...sekejab je,pejam celik pejam celik dh hampir dengan bulan Ramadhan.

Dalam bulan Rejab,terdapat kelebihannya yang tersendiri.Maka,tdk hairanlah jika kta sbg umat Islam digalakan utk memuliakan bulan Rejab.

Seperti sabda Rasulullah saw :

" Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya ALLAH swt memuliakan kamu dgn seribu kemuliaan di hari kiamat".

Rasulullah saw juga bersabda :

"Bulan Rejab bulan ALLAH swt, bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku".


Kemuliaan bulan Rejab terletak pada peristiwa mlm ISRAK MAKRAJnya, bulan Sya'aban dengan mlm NISFU Sya'aban dan kemuliaan bulan Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.


Menurut kitab Raudhoh Imam Nawawi : malam awal bulan Rejab, mustajab do'anya.


Antara Keistimewaan & Kelebihan Bulan Rejab :-

Puasa sehari dalam bulan Rejab, dikurniakan syurga tertinggi iaitu Syurga Firdau.

Puasa dua hari dalam bulan Rejab, dilipatgandakan pahalanya.
  
Puasa tiga hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yg panjang, yg menghalang dia dari ke neraka (panjang parit ibarat setahun perjalanan)  

Puasa empat hari dalam bulan Rejab diafiatkan drpd bala & drpd penyakit2 yg besar2 & drpd fitnah Dajal di hari kiamat.   

Puasa lima hari dalam bulan Rejab akan aman dr azab kubur & permintaannya akan dimakbulkan ALLAH swt.   

Puasa tujuh hari pd bulan Rejab akan ditutup drpd 7 pintu neraka.   

Puasa lapan hari pd bulan Rejab dibukakan lapan pintu syurga.   

Puasa 16 hari dalam bulan Rejab akan dapat melihat wajah ALLAH di dlm syurga & menjadi org pertama yang menziarahi ALLAH dalam syurga kelak.   

Bulan Rejab mempunyai kelebihan tersendiri berbanding segala bulan iaitu kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam.   

Bagi orang yg berpuasa pd bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu :-

          1. Diampunkan doas-dosanya yang lalu.
          2. Dipelihara ALLAH umurnay yang tinggal.
          3. Terlepas dari dahaga di akhirat kelak.
   

Bersedekah pd bulan Rejab seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kpd nya pd setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat & dihapuskan seribu kejahatan.

Rasululluah SAW bersabda:-

"Tidurnaya orang yang berpuasa tetap dalam ibadat & diamnya dianggap bertasbih & amalannya dilipatgandakan & doanya mustajab serta dosanya diampunkan."
                                                                                                 
                                                                               -Riwayat Al-Baihaqi-



Jadi, jom sama2 kte b'puasa walau sehari dalam bulan Rejab yang mulia nie....sesungguhnya,org yg puasa itu,dalamnya terdapat pahala & do'anya dimakbulkan....(peringatan utk diri sendiri)
Setakat ini saje entry kali nie...sekian...

Wassalam...





No comments:

Post a Comment